BAYAR HUTANG TIDUR

Jika anda sering berjaga hingga lewat pagi, jangan lupa melunaskan keperluan tidur anda pada hujung minggu. Masalah kekurangan tidur dapat meningkatkan risiko pelbagai jenis penyakit. Penyakit seperti penyakit jantung, diabetes tahap 2, dan peningkatan selera makan juga boleh berlaku. Demikian menurut kajian yang dilakukan oleh Medical Research di New South Wales, Australia. Selain itu, masalah kurang tidur juga boleh menyebabkan hubungan sosial menjadi hambar dan seterusnya memberi kesan terhadap produktiviti kerja.