ELAK TIDUR BANTAL TINGGI



Sukar melelapkan mata ketika tidur ? Mahu bantal yang lebih tinggi ?
Mulai hari ini , janganlah amalkan tidur di atas bantal yang terlalu tinggi . Menurut Micheal Uttecht , ahli terapi fizik dari Georgetown University Hospital Amerika Syarikat , kebiasaan ini membuatkan anda lebih sukar untuk tidur . Tidur di atas bantal yang tinggi membuatkan posture kepala lebih tinggi . Bantal terlalu tebal dan keras juga menimbulkan masalah . Tubuh terpaksa menyesuaikan diri dengan posisi tidur yang tidak sihat .  Akhirnya , timbul ketegangan pada leher , hingga menjadi masalah kepada bahu dan rasa sakit di bahagian kepala . Oleh itu , cuba pastikan posisi kepala dan tubuh anda dalam keadaan lurus untuk menjaga kualiti tidur dan postur tubuh anda . Lepas ini elakkan tidur atas bantal yang tinggi ye !