15 AKTIVITI SUPER CERGAS





Kurus bukanlah fantasi selagi anda berusaha mencapai dan mengubah bentuk badan . 15 aktiviti yang diperkenalkan ini membantu anda menurunkan berat badan . Lakukan super cergas untuk bentuk badan yang menarik .

1. Daftarlah di kelas tari menari
Selain dapat mempelajari teknik-teknik tarian , anda juga dapat mencantikkan tubuh badan dengan tarian-tarian yang lincah .

2. Beli sebuah basikal dan rajinkan untuk mengayuhnya 
Peruntukan hujung minggu atau waktu selepas kerja untuk mngayuhnya . Jika malas untuk keluar rumah , beli sahaja mesin senaman yang sesuai .

3. Sertai sebarang aktiviti lasak yang dianjurkan oleh mana-mana pihak
Mendaki gunung , merentas desa , memanjat dinding dan sebagainya . Untuk kesan lebih baik , lakukan aktiviti ini dengan kerap . Anda dapat memantapkan tubuh badan dan mengekalkan kecantikan .

4. Jika anda seorang wanita sejati, 
lakukanlah kerja-kerja rumah sendiri . Jangan bergantung pada khidmat pembantu rumah semata-mata . Anda boleh mencuci pinggan , menyapu sampah , mengelap lantai , menanam bunga dan mencuci pakaian . Lakukan semua ini bersungguh-sungguh . Tidak mustahil , anda dapat mngekalkan tubuh badan yang menarik jika membiasakan diri dengan melakukan aktiviti .

5. Anda minat berkebun ?
Luangkan masa untuk membersihkan kawasan persekitaran . Anda boleh menebas lalang , membakar sampah , mencangkul tanah dan mencuci pakaian . Ini antara contoh aktiviti gerakan dan senaman yang baik . Selain dapat membersihkan kawasan , ia memberi impak yang baik terhadap tubuh badan .Amalkan aktiviti selalu , bukan sekali sekala .. 

6. Amalkan senaman naik turun tangga 
Cubalah menaiki tangga , sebaik-baiknya sekali sehari . Jadikan ini sebagai amalan . Menaiki tangga baik untuk kemantapan bentuk paha dan betis . Selain itu , anda dapat mengawal pernafasan dan sistem tubuh akan berjalan dengan lancar .

7. Berenanglah dengan menyertai mana-mana kelas renang yang disediakan di kawasan anda 
Renang adalah senaman yang cukup baik untuk membentuk tubuh . Dari hujung kepala sampai hujung kaki , semuanya bergerak . Secara tidak lansung , gerakan ini meransang metabolisme tubuh untuk membakar lebih banyak kalori .

8. Jangan mengelak untuk menyertai sebarabg kerja amal 
yang diadakan di tempat kerja mahupun kawasan kediaman . Gotong-royong , sukaneka dan sebagainya adalah aktiviti yang berfaedah untuk membakar kalori .

9. Jika jarak tempat kerja dekat dengan rumah ,
naiklah kenderaan awam ke tempat kerja , (sekalipun anda mempunyai kenderaan sendiri). Jadikan ini sebagai kebiasaan . Anda tidak akan rugi . Kereta membuatkan anda kurang bergerak . Tapi jika anda menaiki kenderaan awam , anda dapat membakar tenaga dengan lebih banyak menerusi perjalanan anda . Kadang-kadang anda kena berlari , menaiki tangga dan berdiri . Ini semua senaman yang ringan yang berfaedah jika anda menggunakan pengangkutan awam .

10. Hujung minggu bukan lagi masa untuk bermalas-malasan 
Jika tidak puas hati dengan penampilan diri , ubah jadual mulai hari ini . Penuhkan hujung minggu dengan aktiviti yang dapat meransangkan metabolisme . Memancing , berkayak , bersukan , berjalan-jalan dan berjogging adalah contoh aktiviti yang sesuai dilakukan .

11. Bagi anda yang suka "clubbing" , jangan persiakan hobi ini  
Anda boleh "bersenam" dengan setiap aktiviti yang ditawarkan . Anda boleh memilih untuk menari atau berkaraoke . Biarlah peluh membasahi seluruh badan , asalkan anda gembira . 
Tetapi jangan berjaga sehingga lewat malam , ia tidak sihat untuk kecantikan . Tidak ada gunanya mempunyai potongan badan yang menarik sementara kulit dan mata tidak sihat .

12. Menjadi 'baby sitter' mungkin kedengaran lucu 
Tetapi anda boleh memperuntukkan setiap hari ahad sebagai hari untuk membuat aktiviti ini . Lakukan tanggungjawab yang diberikan bersungguh-sungguh . Sebenarnay , menjaga bayi atau kanak-kanak dalam masa sehari adalah lebih penat daripada menyertai pertandingan merentas desa .

13. Jangan malas di tempat kerja
Apatah lagi jika cara kerja anda hanya duduk menghadap komputer . Biasakan diri melakukan senaman ringan . Duduk terlalu lama juga tidak sihat untuk tubuh badan . Aktif bergerak mampu membakar tenaga .

14. Pilih pakaian yang ringkas dan 'sporty' semasa anda ingin bersantai 
Cara penampilan mempengaruhi pergerakan . Jika nda berbaju kurung tentu anda lebih ayu dan sopan . Pergerakan pula terbatas . Tetapi jika mengenakan pakaian lebih ringkas , anda cenderung untuk berjalan lebih laju dan aktif . Anda masih boleh mempertahankan kemantapan fizikal melalui pemilihan pakaian .

15. Utamakan menu pemakanan , tidak kiralah betapa aktif anda menyusun jadual harian 
Jika makanan tidak dijaga , semuanya jadi sia-sia . Tidak ada maknanya anda menyertai larian 100 meter , aktivit memanah atau berenang tetapi tabiat makan anda tidak terkawal . Pastikan hal ini tidak dipandang remeh . Walau apapun program diet yang anda susun , ia berkait rapat dengan makanan yang kita ambil .



1 comment:

  1. Casino Finder - Find Casinos Near You
    Find casinos and 서산 출장마사지 other gaming 군포 출장마사지 information near you 울산광역 출장마사지 from 광주광역 출장안마 MapYRO. This map is a good place to find casino games nearby. MapYRO. 안성 출장샵

    ReplyDelete